Kata tugas ialah satu kelompak perkataan yang
kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir
dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau
di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau
memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat bekenaan.
Jenis-jenis katu tugas dan contoh ayatnya:
A Kata Hubung
1 Ali, Ahmad dan Halim
pergi ke sekolah.
2 Aslinda menari sambil
bernyanyi.
3 Dia rajin tetapi
adiknya malas.
B Kata Seru
1 Aduh, sakitnya
tanganku!
2 Aduhai, apalah malang nasibku ini!
3 Ah, aku tidak bersetuju!
C Kata Tanya
1 Bilakah ayah bertolak ke Singapura?
2 Bagaimanakah keputusan peperiksaan PMR anak anda?
3 Mengapakah
budak itu menangis?
D Kata Bantu
1 Pekerja itu telah pulang.
2 Kami pernah ke Pulau
Pinang.
3 Kanak-kanak itu sudah
makan.
E Kata Penguat
1 Pakaian seragam pasukan pengakap itu amat kemas.
2 Bas itu tiba lambat benar.
3 Masakan ibu paling sedap.